2 TIPS DIET YANG BERKESAN: DIET BUKAN HANYA UNTUK KURUS TETAPI DIET UNTUK SIHAT.
A. MENGAMBIL JUMLAH KALORI YANG TIDAK MELEBIHI KEPERLUAN KALORI HARIAN
1) Sarapan
Makan makanan yang ringan dan mampu menahan rasa lapar seperti (Cereal,oat, roti bijirin penuh dll) bersama minuman jus buah-buahan tanpa gula.
2) Makan Tengahari
Makan tengahari haruslah sedikit berat dengan mengambil makanan asas bagi sesebuah negara dan bagi Malaysia adalah nasi. Oleh itu, anda haruslah mengambil nasi mengikut kuantiti yang sesuai dengan keperluan kalori harian anda. Selain itu, ambilah sumber protein daripada ikan, daging ayam dan kekacang. Anda juga harus memakan sayur-sayuran, kerana ianya mempunyai banyak zat dan membantu sistem pencernaan.
3) Makan Malam
Makan malam tidaklah perlu terlalu berat cukup hanya untuk mengalas perut supaya anda dapat tidur dengan lena.
(Nota: anda tidak boleh skip 3 steps diatas kerana badan anda memerlukan tenaga untuk melakukan aktiviti harian teteapi anda harus mengira jumlah kalori yang diambil)
B. MEMBAKAR KALORI DENGAN AKTIVITI HARIAN DAN SENAMAN.
1) Berjalan dengan pantas.
2) Membeli belah.
3) Memasak.
4) Membasuh kain dan menyidai kain.
5) Mencuci pinggan.
6) Mengemas rumah.
Saya pasti anda semua melakukan aktiviti2 diatas setiap hari dan percayakah anda bahawa aktiviti2 diatas juga mampu membakar kalori anda tanpa anda sedari
Selain itu anda juga boleh melakukan senaman seperti:
1) Skipping
2) Berbasikal
3) Berlari anak di sekitar taman.
4) Bermain badminton@ ping pong
Dan pelbagai lagi senaman yang boleh anda lakukan ......aktiviti senaman tidaklah dilakukan setiap hari anda hanya memerlukan 30-45 minit 2-3 kali seminggu cukup untuk anda mengekalkan kesihatan tubuh badan anda.