LAMAN ILMU

BUKTI-BUKTI YANG MENYOKONG TEORI HANYUTAN BENUA ALFRED WEGENER

1.1 BUKTI KESELANJARAN BENUA
Para pengkaji telah cuba untuk membuktikan bahawa garisan pinggir pantai di beberapa buah benua dapat dicantumkan walaupun kedudukannya jauh dan dipisahkan oleh lautan yang luas. Padanan antara benua yang dapat dicantumkan seolah-olah seperti “Jigsaw Puzzle”. Cantuman ini lebih menjadi jelas sekiranya mengambil kira kedudukan pentas benua yang saiznya lebih luas bagi setiap benua yang dicantumkan dan wujud keadaan keselanjaran di antara benua tersebut yang akan memberi kekuatan kepada pendokong Teori hanyutan benua yang diketengahkan oleh Alfred Wegener.
Alfred Wegener juga mengatakan bahawa bumi sesuai bersama-sama, bukan hanya dapat dilihat melaui garisan pantai setiap benua sahaja tetapi di bahagian setiap garisan pentas benua yang telah terpisah. Melalui pemerhatian beliau maka tercetuslah beberapa hipotesis bahawa benua-benua di hemisfera selatan mempamerkan corak yang serupa dari segi batuan dan fosilnya yang dikenali sebagai “Gondwanaland”. Penjelasan yang paling lojik adalah bahawa benua itu sendiri adalah satu bahagian dari “super-benua” yang jauh lebih besar yang dinamakan Pangea.

1.2 BUKTI GEOLOGI
Penggunaan teknik radiometrik telah menunjukkan geologi enapan awal di dasar laut yang terletak di sekitar Lautan Atlantik adalah sama dengan yang ditemui di benua Amerika Selatan dan benua Afrika dari segi jenis dan usia. Bukti Geologi yang ditemui itu dikatakan bermula pada Zaman Pra-Kambria sehingga zaman Mesozoik. Penemuan ini menguatkan hujah yang benua-benua tersebut telah berpecah dari satu blok atau jisim benua yang sama.
Di sepanjang pinggir pantai Brazil di Amerika Selatan, terdapat satu jaluran batuan lama yang berusia kira-kira 2000 juta tahun yang menyerupai satu jaluran batuan lain yang terdapat di Afrika. Persamaan antara jaluran batuan ini membuktikan bahawa benua Amerika Selatan dan benua Afrika berantum pada Zaman Pra-Kambria. Keselanjaran tersebut bersterusan sehingga Zaman Mesozoik berdasarkan bukti yang terdapatnya pada lapisan batuan Palezoik akhir yang ditemui di kedua-dua buah benua tersebut.
Bukti ini dikukuhkan lagi dengan penemuan bahan mendak lautan paling awal di pinggir pantai di kedua-dua buah benua berkenaan yang mempunyai umur yang serupa, iaitu wujud pada Zaman Jurasik. Penemuan ini juga membuktikan yang Lautan Atlantik yang memisahkan kedua-dua buah benua tersebut pada masa kini tidak wujud pada zaman tersebut.

1.3 BUKTI FOSIL
Sesetengah organisma tidak mungkin dapat berpindah jika terdapat halangan seperti lautan yang luas di antara benua. Namun, terdapat fosil khususnya tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang besar seperti dinosaur dapat ditemui di pelbagai benua walaupun benua-benua tersebut terpisah jauh. Fosil-fosil haiwan dan tumbuhan yang diemui itu pula mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi jenis dan usia. Fosil-fosil yang sama ditemui di benua-benua yang berlainan tersebut masih terpelihara dengan sempurna di dalam lapisan ais yang tebal. Sebagai contoh, fosil dinasour dari Zaman Jurasik yang ditemui di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika Selatan malah di China. Penemuan bukti-bukti menguatkan hujah lagi bahawa benua-benua tersebut pada asalnya hanya satu dari haiwan-haiwan berkenaan hidup di satu kawasan yang sama.
Bukti lain yang dapat dikesan adalah penemuan spesis Cynognathus dan Lystrosaurus adalah reptilia yang hidup di darat. Kedua-dua haiwan ini tidak dapat berenang, apatah lagi menyeerangi lautan yang luas. Namun, fosil reptilia ini ditemui di seluruh Amerika Selatan, Afrika, India dan Antartika. Alfred Wegener menerangkan bahawa organisma ini hidup berhampiran tetapi, tanah-tanh telah bergerak berpisah seleas mereka mati dan menjadi fosil.
1.4 BUKTI PALEOMAGNET
Pengukuran yang telah dibuat berhubung dengan kemagnetan fosil yang ditemui menunjukkan kutub magnet utara telah berubah sejauh 21 000 km dari sebelah barat Amerika Utara ke sebelah utara Asia dan ke kawasan artik. Fenomena ini berlaku pada masa pra-kambrian hingga ke zaman Pertengahan Tersier
Medan magnet bumi dan bagaimana ia telah berubah. Beberapa mineral besi tanah, seperti kristal magnetit kecil dalam batuan igneus, akan terarah ke kutub magnet utara kerana ia menghablur daripada magma. Magnet kecil mrakam kedua-dua kekuatan dan arah medan magnet bumi. Arahan itu dikenali sebagai kutub magnet bidang ini. Pada tahun 1950, ahli-ahli sains mula menggunakan magnetometer untuk melihat ciri-ciri magnet batu di banyak lokasi.
Selain itu, kajian paleomagnetisma telah mengasilkan bukti-bukti penting bagi menyokong berlakunya hanyutan benua. Seperti, bukti mengenai perpindahan kutub, pengalihan benua dan pembalikan medan geomagnet.

1.5 BUKTI OSEANIK

Bahan mendak lautan yang paling tua iaitu berusia kira-kira 160 juta tahun telah ditemui di Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Kedua-dua bahan mendak adalah seusia dan jenis yang sama. Bukti data lautan dari segi geologi didapati bahawa lembangan lautan lebih muda daripada benua yang mempunyai pelbagai jenis batuan yang berusia sehingga 3500 juta tahun.

1 comment:

  1. NOTA RINGKAS STPM SUBJECT EKONOMI PENGGAL 1

    1.1 FAKTOR2 PENGELUARAN
    -TANAH Pemberian alam semula jadi yang percuma dengan penawaran terhad
    Ganjaran kepada tanah ialah sewa.
    -PERKHIDMATAN Sumbangan manusia dari segi mental dan fizikal
    Ganjaran kepada pkhmtn ialah upah.
    -MODAL Jumlah wang untuk membeli barang modal seperti mesin dan jentera
    Ganjaran kepada modal adalah bunga.
    -USAHAWAN Individu yang menguruskan sesuatu perusahaan
    Ganjaran kepada usahawan adalah untung.

    ReplyDelete